top of page
Klik Untuk Email Pada Kami
Lawati Kami Di Facebook
Lori Sewa Dot Com
Guna No Dibawah Untuk Hubungi Kami
017-975 8275 / 019-416 8641
TIPS JIMATKAN KOS PERKHIDMATAN LORI ?
"Buangkan sedikit masa anda untuk baca tips-tips ini supaya anda tidak buang duit !!!"
Berdasarkan penelitian dari kami (ASTransport), ramai pengguna atau pelanggan yang tidak tahu cara-cara untuk menjimatkan kos perkhidmatan lori. Mungkin anda tidak didedahkan dengan perkara ini atau anda langsung tidak mengambil tahu kerana anda sendiri tidak pernah menggunakannya. Jangan memandang mudah perkara ini, kerana anda atau kenalan-kenalan anda munggkin memerlukannya bila keadaan memerlukan. Oleh itu, anda secara tidak langsung perlu bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat ini. Memandang sedemikian, dilaman ini pihak kami telah berusaha bagi menyampai & menerangkan langkah-langkan penting yang perlu diambil untuk menjadi pengguna yang bijak. Pengguna seharusnya peka dengan perkara-perkara tersebut.
Guna pakai tips-tips berikut.
-
Pemilihan Ruang & Saiz Lori. Sedia maklum, lori mempunyai pelbagai bentuk dan saiz. Bentuk & saiz lori memainkan peranan penting dalam penetapan harga sewa (caj perkhidmatan). Antara saiz lori yang kebanyakanya diguna oleh pembekal perkhidmatan ialah seperti berikut (click disini). Kebanyakan pelanggan tidak tahu & tidak didedah dengan pengetahuan sebegini menyebabkan ianya sering menjadi kesilapan dalam memilih jenis lori yang bakal disewa. Faktor ini akan membawa kerugian pada pelanggan, terutamanya dari segi kewangan. Tersebut adalah beberapa langkah yang boleh diambil :-
-
Hubungi perunding perkhidmatan dan bertanya melaluainya (anda boleh menghubungi perunding perkhidmatan anda yang sedia ada perunding perkhidmatan syarikat kami di .
-
Ambil gambar barang anda dan hantar kepada perunding perkhidmatan melaluai aplikasi whatsapp.
-
Bertanya kepada rakan-rakan anda yang pernah menggunakan perkhidmatan lori.
-
Menentukan Penggunaan Tenaga Kerja (PTK). Masalah ini juga dipandang remeh oleh kebanyakan pengguna, hakikatnya masalah ini memberi kesan pada caj perkhidmatan. Adakah anda tahu? Sebenarnya anda mempunyai hak 100% dalam menentukan PTK. Kebiasaanya pembekal perkhidmatan akan menyediakan 3 orang tenaga kerja (Termasuk Pemandu) untuk menyelesaikan masalah anda. Bermakna, anda harus menentukan PTK semasa membuat tempahan (Booking).
-
Merancang Tempahan Perkhidmatan Lebih Awal. Untuk pengetahuan anda, masa & tarikh tempahan merupakan syarat utama yang digariskan dalam syarikat kami dalam menentukan caj perkhidmatan (Tidak semestinya tertakluk dalam syarat perkhidmatan syarikat lain). Disarankan! supaya anda merancang tempahan perkhidmatan lebih awal & ianya bukan menjadi sebarang kesalahan, sebaliknya ia lebih membantu bagi pihak kami membuat perancangan & persiapan. Jika anda bakal menjadi pelanggan kami, ditegaskan! untuk membuat tempahan awal kerana ia merupakan salah satu syarat untuk mendapatkan harga yang paling istimewa. Harga yang akan diberi, amat berbaloi dari kami kerana membantu melancarkan pengurusan & jadual perjalanan. Dingatkan! setelah membuat tempahan, anda jangan sekali-kali menukar atau menunda tarikh seperti yang telah dipersetujuai kerana! harga (Caj Perkhidmatan) pada tarikh lain tidak semestinya sama & ianya akan memberi kesan positif pada pengguna-pengguna lain yang telah membuat tempahan (Untuk penukaran tarikh perlu dimaklumkan secepat yang mungkin). Oleh itu, anda hendaklah merancang dengan teliti terlebih dahulu sebelum membuat tempahan. Click sini untuk maklumat proses tempahan.
-
Guna Khidmat Lori Tumpang (KLT). Khidmat ini diperkenalkan oleh syarikat kami pada awal tahun 2015. Ianya khidmat paling bermanafaat & murah dari syarikat kami dalam membantu pelanggan. Khidmat ini akan menghantar barang dalam kuantiti atau jumlah yang sedikit dari seluruh Negeri ke seluruh Negeri (Semenanjung Malaysia Sahaja). Ianya berfungsi dengan menumpangkan barang anda yang akan dihantar bersama barangan pelanggan yang lain. Dengan kata lain, anda tidak perlu menyewa sebuah lori & anda boleh berkongsi kos perkhidmatan dengan pelanggan lain. Caj perkhidmatan ini berdasarkan kuantiti dan saiz barang. Akan tetapi, terdapat juga keburukan dengan khidmat ini. Clik sini untuk maklumat terperinci tentang KLT.
bottom of page