top of page
Klik Untuk Email Pada Kami
Lawati Kami Di Facebook
Lori Sewa Dot Com
Guna No Dibawah Untuk Hubungi Kami
017-975 8275 / 019-416 8641
"MENGENAI KAMI"
Pengenalan
AST BERKAT ENTERPRISE adalah sebuah syarikat hak milik bumiputra sepenuhnya yang menjalankan kerja-kerja dalam memberi khidmat pengangkutan lori bagi membantu memenuhi keperluan dan kemudahan pelanggan di Malaysia yang mengharapkan perkhidmatan yang lebih baik, jujur, cekap & professional dengan menawarkan pelbagai pekej untuk memudahkan pelanggan.
Syarikat kami menawarkan perkhidmatan di seluruh Negeri dalam Semenanjung dengan mengunakan beckup dari Syarikat-syarikat lori yang lain. Keadah ini adalah jalan yang terbaik dalam merebut peluang bagi memperluaskan pasaran semasa mengikut kadar keperluan dan permintaan pelanggan. Kami mengambil kesempatan ini sebagai proses awal dalammenuju visi dan misi syarikat kami. Pada masa yang sama, pihak kami juga mengambil kesempatan dalam menceburi perniagaan kecil-kecilan seperti menjual dan membaiki pelbagai jenis barangan perabut yang terpakai. Walau bagaimanapun, pihak kami lebih memfokuskan kepada memberi perkhidmatan berlori.
Pengasas syarikat ini mula berkecimpung dalam bidang perniagaan bermula pada tahun 2009 yang berpengkalan di kampong secara kecil-kecilan dan tidak berdaftar.Ianya mula didaftarkan pada tanggal 02 Mei 2013, beralamat di Kampung Keseng, Jalan Kuala Besar, 15350 Kota Bharu, Kelantan.
Sejarah Penubuhan
Pada mulanya, saya mendapat tawaran daripada rakan lama untuk bekerja sebagai kelindan lori di sebuah syarikat kecil milik rakan saya sendiri. Ketika itu saya masih bekerja di sebuah restoran di tanah tinggi Camron Highland sebagai tukang masak.Memandangkan rakan saya yang terdesak untuk mendapatkan pekerja, saya telah mengambil tindakan dengan membuat keputusan untuk berhenti bekerja di restoran tersebut. Saya bekerja dengan beliau selama tiga tahun.
Sepanjang tempoh bekerja, saya mendapati syarikat tersebut selalu mengguna dan mendapatkan bantuan daripada syarikat-syarikat perkhidmatan lori yang lain kerana tidak dapat menampung kehendak pelanggan yang terlalu ramai dan kebanyakan syarikat yang lain juga didapati mengalami masalah yang sama. Menyedari hal yang demikaian, ianya telah memberi satu sumber inspirasi dan pendorong kepada saya bagi menceburi bidang ini dan saya telah memasang hasrat untuk membuka syarikat sendiri dan membuat keputusan untuk menyewa lori Dengan sedikit ilmu dan pengalaman yang telah dipelajari, saya telah bernekad untuk meneruskan niat dan hasrat tersebut.
Pada pertengahan tahun 2009 saya mengorak langkah permulaan dengan menyewa sebuah lori dari saudara terdekat dengan mengeluarkan wang simpanan dan mendapatkan bantuan dari ahli keluarga. Disinilah bermulanya penubuhan sebuah syarikat baru yang dikelolai oleh saya sendiri.Langkah demi langkah telah saya jalankan demi mengukuhkan ekonomi dan perkembangan syarikat.Namun begitu, syarikat saya masih lagi tidak dapat menampung jumlah permintaan perkhidmatan yang tinggi. Untuk memenuhi kehendak pelanggan, saya juga terpaksa menggunakan kaedah meminta bantuan daripada syarikat lain.
Sehingga kini, syarikat kami telahpun berkerjasama dengan dua buah syarikat kecil-kecilan yang dipilih dari setiap Negeri yang mana syarikat-syarikat ini bertindak sebagai beckup dalam membantu tugasan syarikat kami dalam menyelesaikan masalah pengambilan barang supaya tidak terlepas seperti masa dan tarikh yang dijadualkan.Setakat ini, syarikat kami tidak mengalami sebarang masalahdalam penghantaran walaupun menerima tempahan dari seluruh Negeri dalam Semenanjung.
Pada masa kini, pihak kami telah memikirkan mampu untuk memohon dan mengambil kontrak daripada mana-mana pihak dengan kaedah yang telah kami jalankan. Keadah ini juga berpotensi untuk diperluaskan lagi dari masa ke semasa mengikut kadar keperluan dan permintaan. Syarikat kami juga mengambil kesempatan dalam perniagaan kecil-kecilan seperti menjual pelbagai Jenis barangan perabot terpakai.
Syarikat ini mula didaftarkan pada tanggal 02 Mei 2013 yang beralamat di Kampung Keseng, Jalan Kuala Besar, 15350 Kota Bharu, Kelantan. Pada tahun 2014, kami telah membuka dua lagi cawangan yang beralamat di N23, Jalan Santan, Batu 2 ¾, 01000, Kangar, Perlis dan di C-G 12, Apartmen Buginvilla, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, 48300 Rawang, Selangor, yang mana ia adalah pusat urus tadbir syarikat kami dan operasi-operasi di tempat lama masih lagi diteruskan. Faktor pemindahan ini berlaku disebabkan kesedaran kami tentang sambutan permintaan dikawasan bandar yang lebih menggalakkan.Demikian, kami mengambil kesempatan ini untuk bersaing dengan syarikat-syarikat lain dalam bidang pengangkutan di kawasan Bandar.Oleh itu, saya memikirkan sejumlah modal yang besar bagi menjayakan setiap visi dan misi seperti yang telah digariskan.
Visi
Kami berharapan tinggi supaya Syarikat ini dapat menempa nama dalam bidang yang diceburi dan dapat mencapai tahap kemajuan yang maksimum dalam membentuk sebuah syarikat atau organisasi yang dikenali.
Misi
Kami Berusaha Mengembeling Tenaga Kerja, Memerah Tenaga Pemikiran Dan Beriltizam Untuk Mencapai Misi Dengan :
-
Melaksanakan Projek Atau Kontrak Yang Diamanahkan Dengan Cekap Dan Cemerlang Demi Memenuhi Kehendak Dan Kepuasan Pelanggan.
-
Mengamalkan Semangat Kerja Berpasukan Yang Beramanah, Professional Dan Produktif.
-
Berazam Memberikan Pulangan Dan Imbuhan Yang Tinggi Kepada Setiap Kakitangan Bagi Meningkatkan Tahap Mutu Kerja Dan Moral Pekerja.
-
MenggunakanTeknologi Dan System Terkini Untuk Menguruskan Dan Melaksanakan Projek Dengan Lebih Baik Dan Berkualiti.
-
Mengambil Dan Memohon Kontrak Dengan Mana-Mana Agensi Awam Dan Swasta Dalam Melaksanakan Segala Jenis Permintaan Dalam Perkhidmatan.
-
Menyediakan Lebih Banyak Lori Sebagai Beckup Kepada Mana-Mana Syarikat Lori Yang Memerlukan, Sepertimana Yang Dilaksanakan Sekarang.
-
Merancang Untuk Mengembangkan Perkhidmatan Didalam Dan Diluar Negara Bagi Memenuhi Kehendak Pelanggan (Menyediakan Kontena Dan Kargo).
About.
bottom of page